Tuesday 14 May 2013

SELAMAT HARI GURU

Assalamulaikum wbt..

bersyukur kepada Allah SWT kerana masih bernafas dan berpeluang menambah amalan di dunia fana ini.

Selamat datang ke blog saya.

Terima kasih kerana sudi membaca, menyelongkar isi-isi yang ada dalam blog ini.

Saya cuba memberikan yang terbaik baik dalam penulisan mahupun dalam perkongsian manfaat.

hmm..

Hari ini 15 Mei 2013..
Semua sedia maklum 16 Mei 2013 adalah sambutan hari guru. Memang telah diingatkan di media massa mahupun di laman sosial berkenaan Hari Guru. Hanya orang yang tidak pernah ke sekolah yang tidak tahu apa itu guru. Guru bukan sekadar pekerjaan malah guru adalah individu, mentor, pendidik, penegur, pengadil dan pelbagai lagi tugasan yang kalau saya senaraikan listnya berjela-jela...

Sebelum ni heboh di media sosial tentang seorang jurutera mengkritik pekerjaan guru yang kononnya mudah dapat balik awal dan gaji besau..ohhh...memang panas isu tersebut sehinggakan seorang guru telah membalas kata-kata tersebut di blognya..

Pada hakikatnya orang di luar memang tidak memahami pekerjaan guru kerana di luarnya nampak balik awal. di sebalik balik awal guru juga keluar awal. orang lain tengah bertaik mata lagi, para guru dah siap hidup enjin kereta. Orang lain balik rumah bermain dengan anak-anak, guru pula menanda kertas atau menulis buku rekod mengajar. Hari Sabtu yang menjadi family day, guru datang ke sekolah menyertai aktiviti kokurikulum. Itu belum cerita guru kena serbu dengan ibu bapa kerana memarahi murid. Belum cerita guru kena tumbuk atau pukul dengan pelajar..ha macam2 kan..biar apa pun yang terjadi pada guru, kena marah, kena tumbuk, kena hina dengan pelajar, guru hanya mampu tersenyum. Minta lapor pada polis? Biasanya tiada laporan. senyap macam tu aja la..menjaga reputasi sekolah. Tak nak membesar-besarkan cerita.Pasrah!

Ini realiti yer pembaca sekalian.

Hargai la guru anda. guru mengaji ke, guru tadika ke, guru silat ke, guru memasak ke, guru renang ke, guru lesen memandu ke...guru blog ke... mereka adalah G U R U atau C I K G U.. mereka mencurah ilmu tanpa mengira siapa anda. tanpa mengira warna kulit anda. tanpa mengira rupa paras anda. Mereka dibayar gaji untuk hasil usaha mereka, ya betul..mereka sebenarnya tidak dibayar gaji untuk memotivasikan anda. Siapa pun anda pada hari ini sedikit sebanyak anda memperoleh motivasi itu daripada guru. Memetik kata-kata daripada sebuah filem mat saleh (lupa tajuknya)

i m teacher. I inspired them.

 

Saya masih ingat kata2 cikgu BM saya..

 Letakkan impian itu setinggi langit kerana impian memang di situ tempatnya..

 wow,.betapa cikgu BM tu telah memotivasikan saya sehingga walau apa pun yang saya lakukan impian saya adalah setinggi langit!..

terima kasih cikgu!


No comments:

Post a Comment