Thursday 16 May 2013

MENDIDIK DIRI BERFIKIR SECARA KREATIF

Assalammualaikum WBT..

Alhamdulillah masih bernafas dan mampu menulis lagi...

Tajuk di atas tu sudah buat kita berfikir, boleh ke mendidik diri berfikir secara kreatif?berfikir pun ada cara ke? soalan saya itu membuatkan otak anda berfungsi sekejap..hehehe..

Ya..berfikir perlu diasuh. Semasa zaman persekolahan kita sememangnya menggunakan otak kita untuk menyelesaikan soalan guru, latihan tambahan dan berfikir macam-macam alasan nak keluar rumah bersama kawan-kawan..(yang ni siapa tak pernah buat memang tabik spring la..toing toing..hihihi)

Apabila dah menjengah usia pekerjaan, kita jarang menggunakan otak untuk berfikir tentang logik matematik mahupun membina cerpen atau melukis dan berkarya. Kita pergi kerja, kita balik rumah, tengok tv, esok pergi kerja semula. Itu adalah rutin biasa dan normal bagi orang yang sudah bekerja. Persoalannya, bagaimana mendidik otak kita berfikir secara kreatif walaupun kita tidak menggunakan lagi logik matematik dan berkarya?

Mudah sahaja. Apabila anda menghidupkan enjin kereta, pernah tak anda berfikir bagaimana jika kunci kereta anda hilang? Jika ya, bagus. anda bersedia. Jika tidak, berfikir lah sekarang.

Setelah berfikir, senaraikan perkara yang perlu anda lakukan untuk mengatasi masalah itu.

1. guna kunci pendua
2.telefon mekanik
3. telefon suami (bagi perempuan..hehehe)
4. Buat tak tahu dan balik rumah naik teksi

yang mana satu pilihan anda.


Jika  no 1 -  2 anda sememangnya seorang yang berfikir secara kreatif. tapi jika pilihan anda adalah 3-4 anda hanya seorang yang malas berfikir. Kenapa saya menulis begini? Ini kerana berfikir secara kritis atau kreatif adalah kemahiran menyelesaikan masalah. Individu yang memilih untuk menyelesaikan masalah telah berfikir secara kreatif berbanding individu yang ingin lari daripada masalah.

Terdapat alat untuk membantu kita berfikir. Eh ada ke? Kat mana nak beli?saya nak beli lah... Maaf pembaca sekalian. Alat yang dimaksudkan tidak dijual. Berfikir tak perlu kan duit. Berfikir memerlukan masa sahaja.

Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai  pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan.


Ini dia alat berfikir,

1. Penyoalan(soal -menyoal)
2. Peta minda

Sentiasalah menyoal diri anda:

 1. Bagaimana kenderaan boleh bergerak jika sumber petroleum kehabisan?
2. Eh, bagaimana burung boleh terbang tetapi ayam tidak boleh terbang tinggi seperti burung?
3. Bagaimana ingin menambah pendapatan tanpa perlu berhenti kerja?
4. Bagaimana menjana pendapatan walaupun seorang surirumah tangga?

Apabila anda sudah menyoal maka anda buatlah peta minda.

di sini lah letaknya kemahiran berfikir anda untuk memberikan jawapannya.

Anda sedang mendidik otak anda untuk berfikir. Jika otak anda mengatakan malas lah. banyak kerja lain boleh buat. Anda sebenarnya kerugian. Eh kenapa rugi pula?

Anda rugi kerana otak diberikan percuma tapi tidak digunakan..hehehe...  (kalau dapat ayam KFC percuma mesti nak kan. lepas tu takkan tengok aja mesti nak ngap kan..ha macam tu la..)

Gunakan otak anda. Tiada siapa yang tahu kemampuan otak anda. Minda kita boleh pergi lebih jauh lagi. Didik otak kita untuk berfikir, ok? berfikirlah sekarang!


ps: ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sebagai seorang pendidik






No comments:

Post a Comment