Sunday 20 September 2015

Bersalin di Dewan Bersalin Muslimah Permatang Pauh

Assalammualaikum wbt

Entri kali ni nak sentuh sikit berkenaan  pengalaman bersalin di Dewan bersalin Muslimah permatang pauh atau singkatannya DBM.

Alhamdulillah saya selamat melahirkan baby ketiga 5 bulan yang lepas iaitu pada 20 April 2015 hari isnin. Bersyukur anak dipilih pada tarikh lahir dan hari Rasullullah SAW dilahirkan.

Anak saya yang sulung Jannah dilahirkan di Hospital Taiping. Anak kedua Muhammad Fateh pula di Hospital Segamat, tak balik kampung pun berpantang terus di sana.bagi anak yang ketiga ni rasa hati membuak2 nak ke private. Nak rasa pengalaman kat private. Dah tak sanggup duk ddupdap terfikir kot2 nanti doktor lelaki yang cek jalan atau sambut baby. Kat hospital kerajaan ni nasib dan tuah badanlah. Kadang doc perempuan saja yg bertugas. Macam kat hospital segamat, doc perempuan di labour room. Di segamat, memang saya tak diperiksa oleh doc lelaki langsung dari pagi admit sampai bersalin.

Ok berbalik kepada Dbm. Anak2 sebelum ni saya masih bekerja di Segamat, jadi tak berpeluang ke DBM. tapi saya pernah servey di internet. Review tak berapa banyak pun. Ada juga yang kata kalau emergency depa hantar ke hospital seberang jaya juga. Berkira2 juga la. P ke tak..

Semasa kandungan 8 bulan 32 weeks, saya pergi ke DBM untuk bertanya perlu mendaftar dulu ke..pergi sekejap saja. Dalam 5 minit, tanya di kaunter. Misi kata tak perlu daftar apa pun. Bila rasa sakit nak bersalin datang saja. Kalau nak jumpa doc boleh p klinik penawar di sebelah ja. Oh..camtu ja ka? Macam tak percaya pulak. Semudah ABC..hehehe. Then, saya pun keluar la dalam keadaan antara percaya dengan tidak. Mana taknya kawan yang pernah ke private bagitau kena booking dulu. Depa p private yang lain lah bukan DBM.

Suami yang tengah tunggu dalam kereta dengan dua anak tu pun terkejut. " sat ja?" katanya.. Aah abg..saya pun bagitau la apa yang misi bagitau. Suami suruh pergi cekdi Klinik penawar tu. Scan baby sebab masa awal kehamilan saya ada cyst. 

Tunggu agak lama lah. Sempat lagi wassap kawan2. Ada dua pasangan tengah tunggu giliran. Saya seorang2 ja. Hmm..bukan nak cerita saya sedih bagai suami tak teman..ada aku kisah? Hehehe.. Anak berderet dah. Biar lah tunggu di kereta daripada duk dalam klinik ni. Budak dua org tu boleh tahan juga aktifnya.Riuh rendah. 

Bila dah sampai turn, doc tny ada apa yang boleh bantu. Saya bgtaulah nak scan tengok cyst ada tak lagi..doc mengaku dia tak pakar nak scan tu. Kena doc lain. Dia suh dtg petang pula. Aduh..saya ni dari parit buntar. Jauh. Masa tu takdak la bgtau saya jauh. Duk cakap dalam hati ja la. Apapun kena tny suami dulu. Keluar dari bilik doc selepas berbual selama 5 minit saja. Yang tunggu tadi punya lama..hangin juga la badan ni huhuhu..

Suami kata tak payah dah la. Lagipun kami on the way ke penang. Dah booking hotel. Makan angin kat penang.. So tu la cerita semasa nak booking DBM walhal tak payah booking pun. 

Masa berlalu...petang 19 April saya dah rasa lain macam. membuang angin ja kerjanya. Badan berpeluh2. Suami dah ajak pergi DBM petang tu bila saya bagitau rasa macam nak bersalin dah. Saya kata silap2 malam ni bersalin. Bila suami ajak, takut tak jadi bersalin pula.saya kata biar dulu lah. Sebab kontraksi pun tak ada. Malam tu, jam 11 lebih kontraksi ringan. Saya nak tidur dulu kononnya. Tak nak layan sakit tu. Hmm..tidur la konon ya..pusing kanan.pusing kiri. Anak dekat pun rimas sangat. Berpeluh2. TAK DAkK NYA TIDOQ...hihihi

Dalam hati..isy..nak bersalin dah ni. Kalau tak sempat p Hosp Parit Buntar ja ni. Tak berani jauh2. Suami dah kroh kroh..terpaksa kejut sebab kontraksi dah kuat. Jam 12 malam dah. Siap cepat2. Angkut anak dua orang tu. Malam ni depa tidur rumah opah. Mujur tak nangis si Fateh tu. Elok ja menonong dengan botol susu dalam mulut masuk rumah opah.

Suami tanya..p DBM ka? Hmm...ok abg DBM. laju sikit bawa kereta. Huhu..siap bawa ipad..hp mmg tak lekang dr tangan. Ipad bawa sebab nak transfer duit..huhu..tak sempat transfer masuk bank.duit duk dalam TH. Cash pun takde banyak. Salah sendiri ler.

Jalan raya lengang ja. Al maklumla dah jam 1 pagi. Kami sampai 45 minit perjalanan ja. Dalam kereta duk fuh fuh fuh teknik pernafasan. Sampai Dbm ada seorang laki duk tidur kat koridor tu. Guard kot. Nak masuk kena tekan loceng yang ada kat pintu tu. Beberapa saat kemudian ada misi buka pintu.. Nak kena daftar dulu, tapi dah tengok saya menahan sakit terus dia bawa p cek jalan. Suami kat kaunter mendaftar apa yang patut.

Cek jalan baru buka 2 cm. Terkejut den. Sakit. Tapi baru 2 cm? Misi pegang perut takdak kontraksi pun dia kata. Mungkin tak kuat ni katanya. Depa cek denyutan jantung baby. Semua ok.tanya makan last bila. Depa tengok baby tidur saja.dukla goyang 2 perut takder respon derr. Baby mengantuk la dah kui 1 pagi kan.Esok pagi kalau tak bersalin, depa masuk air. Sekarang rehat dulu dalam bilik.

Bilik selesa.Ada disedia sejadah dan telekung. Toto untuk suamitidur pun ada. Suami berbaring la kat toto tu sambil tengok saya mundar mandir tak ketahuan.  Dalam bilik tu ada siap bilik air. Tandas jenis duduk. Memudahkan ibu mengandung nak membuang. Nanti dah bersalin pun senang nak buang air kalau tandas duduk. Ada sinki untuk basuhtangan juga. Tisu disediakan. Dekat kepala katil ada loceng untuk panggil misi.

Misi tinggalkan kami berdua untuk berehat.oppst..berehat lah sangat. sakit dh terasa. Saya dh kongsikan teknik mudah bersalin sebelum ni kan.. Sakit tu memanglah sakit tapi tak sangat berbanding abg dgn kakaknya. Mungkin betul kata misi kontraksi tak kuat.

Ok terus ke time to deliver. Saya tekan loceng dalam jam 3.30 pagi. Misi tidur masa tu. Sebab saya berjalan kat koridor boleh pula dgr dengkuran angin..huhuhu..snyi sangat masa tu. Kalau jarum jatuh pun dgr apa.lps tekan loceng tu, sekejap ja misi datang. 

Berjalan ke labour room yang tak la jauh mana pun. Beberapa langkah saja. Bersedia. Misi cek jalan dalam bilik lagi lps saya tekan loceng.dh besar katanya. Terus dia telefon doc untuk sambut baby.

Dalam labour room depa sediakan apa yang patut. Misi ada tiga orang. Seorang tu nampak dah berumur sikit.pasti banyak pengalaman tu. Kain kena buka ya. Kat DBM tak disediakan baju salin. Ibu kena bawa kain secukupnya. Sejuk ooh dalam labour room tu. Tahan saja lah.lagipun takda orang lelaki lain melainkan suamiku saja dalam tu. Lega sangat. Ni la sebab saya pilih DBM. 

Doc Hanita sambut baby saya. Tanpa jahitan. Tanpa guntingan. Alhamdulillah. Tu sebab saya kata bersalin kali ni senang. Selepas baby keluar, para misi dan doc berselawat. Baby dibersihkan sebelah saya saja. Jadi dapat tengok jelas cara dibersihkan. Doc keluarkan uri. Selepas selesai, misi pakaikan stoking. Percuma. Ditolak saya dengan wheelchair ke bilik semula. Lega ya amat masa tu.baby diletak dalam bilik baby. Bagi peluang saya rehat. Sebab tekanan darah tinggi. Lepas dah balik ke bilik, misi hantarkan biskut cream cracker yang 4 segi tu dan air milo suam. Sedapnya. Bertenaga balik. Lapar ooo lepas bersalin ni.

Sesapa yang berhasrat nak bersalin kat DBM, bawa kain dan baju lebih. Kain saya habis kena darah yang banyak. Suami p roadwalk butterworth pula beli kain lain. Mana taknya bawa kain sehelai saja. Kat dalam bilik tu suami dan saya saja tak perlu nak pakai tudung pun. So tudung bawa sehelai cukupla. Just untuk dtg dan balik. Baju baby tak perlu byk.baby pkai baju pinjam DBM. Masa nk balik baru bagi balik baju DBM tu.

Petang kul 5.30 dapat balik. suami settle bayaran guna kad kredit dulu. Itupun byr siangnya. Sbb malam kad kredit tak boleh guna. Bayaran 1900+. Normal delivery. Untuk ubat bayar cash. Rm15 kot. Ubat darah tinggi, ubat tahan sakit. Vitamin. Ok la kan harga DBM. Hosp pun takbesar sangat. Tak payah jalan jauh2. Macam kat segamat dulu.jenuh berjalan lepas bersalin. Nak ke tempat mennggu kereta tu. Cam nak pitam rasanya. Bayar lambat sikit la kiranya. Takder la depa nak paksa byr masa pendaftaran tu. Kes kami bukan takda duit, duit tu tak boleh kuarkan.

Dapat gift banyak juga. Susu untuk ibu dapat setin. Susu formula baby pun dapat dua jenis. Lampin bayi Pet Pet. Baucer di spa. Dettol antiseptik. Dan beg  warna merah untuk isi barang baby.seronok pula dapat hadiah..hehee..untuk baby dapat sijil khas menandakan di dilahirkan di DBM. Segala borang buat mykid diberikan. Tapi buku baby  tak dapat la. YAng tu kena bersalin di hosp kerajaan. 

Lagi satu, makanan tengahari kat situ boleh tahan juga sedapnya.hehe..cuma makanan paginya hanya biskut kering cracker dan air milo suam sama macam yg dapat lepas bersalin. Satu yg saya ingat sangat. Kat DBM ritu depa tak letak water drip kat tangan saya. Leganya lah.saya tersangat tak suka menatang tu duk bertenggek kat tangan ni. Sakit. nak gerak pun payah. Kalau hosp gov awal2 lagi dh letak water drip tu.


Dah panjang berjela ni. Point sebenarnya nak habaq..servis DBM setanding dengan harganya. Saya puas hati. Kalau ibu2 nak bersalin di sini teruskan. Terutamabagi ibu yang tak ada masalah seperti songsang. Baby besar. Hb low.. Kalau kandungan berisiko saya syorkan pergi lah bersalin di hosp yang ada kelengkapan bekalan darah. Ada pakar. Saya pergi DBM pun setelah memikirkan risiko2 yang ada. Memandangkan saya bersalin mudah dan biasanya anak bawah 3kg saya cuba di DBM. Hehehe..boleh ya cuba2.

Sekian dulu ya..terima kasih sudi membaca coretan berjela ni. 



16 comments:

  1. sy tgh dok search jgk bab DBM nie..sbb kak 1st brsalin ctu ank ke2 ok normal deliver mmg layann trbaik hsband..kak 2nd lak ank 1st jgk dia xtima sbb songsang..tp dr awal mmg fully cek up ctu...sy 1st baby nie...risau tkt2 ada komplikasi apa2...tp mmg xmau gov hosp sbb xmo doc laki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, moga dipermudahkan. mesti dah bersalin kan?

      Delete
  2. sy tgh dok search jgk bab DBM nie..sbb kak 1st brsalin ctu ank ke2 ok normal deliver mmg layann trbaik..kak 2nd lak ank 1st jgk dia xtima sbb songsang..tp dr awal mmg fully cek up ctu...sy 1st baby nie...risau tkt2 ada komplikasi apa2...tp mmg xmau gov hosp sbb xmo doc laki...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..
    saya nak tanya, ada tak kat sana jual susu kambing?
    0162784272

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu sis. sekejap saja saya duduk di situ.

      Delete
  4. assalamualaikum

    saya nak tanya.. sebab ingat kelahiran last ni nak p hospital swasta.
    harga yg normal tu 1900+++ tahun bila ya kak.. nak buat bajet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun 2015 sis. skrg dah naik harganya.

      Delete
  5. thank you kak share info termasuk caj nya.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Sy bsalin ank ke2 jan 2016 kna rm2300.. Ni ank ke3 due date bln mei.. Dh tnya DBM bgthu bjet dlm rm2500-3000...
    -nazira

    ReplyDelete
  8. Anak ke3 saya pon ditmpt yg sama 20/4/2015 cuma beza waktu saja...tapi betul sgt recommend for those yg ada budget sbb aurat terpelihara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya bersalin mmg ada seorang lagi dalam wad. sis bersalin jam berapa?

      Delete
  9. Maaf bertanya..kalau buku kita tk dpt mcm mna kita nk sambung wt checkup dgn klinik kerajaan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janah-al fateh8 May 2020 at 23:48

      klinik kesihatan akan buka buku baby

      Delete