Wednesday 9 December 2015

Tahniah! i am mother to be!

Assalammualaikum wbt..

Tahniah! Double Line! I am mother to be!



What to Expect When You Are Expecting?



Apakah persediaan mummy to be? Ada
10 senarai yang anda mesti buat
jika anda mummy to be.


1. Hafal doa nabi Yunus untuk memudahkan bersalin. Laillahaillaanta
subhanakainnikuntuminazalimin.


2. Mengaji surah Yusuf, Surah Maryam dan Surah Luqman secara
konsisten. Sambil baca terjemahan, hayatilah.


3. Makan asid folik, vitamin B kompleks dan vitamin C. Setiap hari.
Demi kesihatan baby dan ibu.


4. Jauhi bahan2 kimia skala besar dan kecil. Contoh besar, gas
ammonia, skala kecil contohnya, ubat nyamuk. Nak elakkan nyamuk dalam
rumah, tutup pintu dan tingkap sebelum 6 petang. Buang air bertakung.
Mesti tak ada nyamuk. Selain ubat nyamuk, cat yang belum kering, gam
kasut, minyak tanah, asap rokok, asap bakar sampah dan sebarang bahan
kimia yang berbau lah kecuali sabun dan perfume. Yang dicipta oleh
manusia untuk dibau tu tak apalah..huhuhu..


5. Buang sikap mengada-ngada dan suka merajuk. Bukan apa nanti dapat
dosa pulak. Dahl ah nak bersalin nanti payah pula nak keluar..huhu..


6. Seandainya mengidam, penuhilah hajat itu. Orang tua2 kata kalau
mengidam tak dapat nanti anak2 meleleh air liur. Entahlah. Daripada
pengalaman saya memang anak no 2 tu meleleh air liur sampai umur 2
tahun. Kesnya mengidam ikan bakar tak dapat. Anak2 lain mengidam
dapat. Tak pula meleleh air liur. Mungkin kebetulan saja.


7. Membeli belah barangan baby sebelum kandungan 7 bulan. Kenapa ya?
Sebab, baby boleh keluar dah 7 bulan tu. Memang kena standby beg baju
siap2 dalam kereta. Kalu bersalin 7 bulan kira premature. Sebab kedua
ialah nanti dah 7 bulan, mummy akan penat sangat. Kaki mulai bengkak
bagi sesetengah orang. Mana siok shopping dalam keadaan tak larat tu.


8.  Beli pam bagi ibu2 yang bekerja. Kita taktau bila pam itu mungkin
akan jadi alat berguna seawall usia anak sehari. Mungkin anak kena
admit wad ke. Sediakan dulu sebelum bersalin.


9. Beli baju baru, bra dan seluar dalam baru. Mungkin saiz akan
berubah 360 darjah..huhu..bagi sesetengah oranglah. Ikut badan orang
juga. lagi satu, beli siap2 bra untuk menyusu baby. jenis klip senang buka.


10. Baca pengalaman oranglain. Dapatkan ilmu. Beli buku atau pinjam
buku tentang kehamilan.


Saya harap mummy to be enjoy dan dapat menjadikan panduan sehabis baik
sebelum melahirkan nanti. Saat mengandung saat yang sangat indah.
Tempuhilah 9 bulan dengan penuh kesyukuran. Alhamdulillah. Tahniah
sekali lagi daripada Kerongsang pin kreatif!

Epmom. Panduan untuk kita-kita aja

Assalammualaikum wbt readers kerongsang pin kreatif!

Berentri lagi kita hari ni.


Tajuk kali ni tentang EPMOM. Exclusive Pumping Mother.





 Saya pun baru tau istilah ini setelah mengoogle blog untuk dapat ilmu breastfeeding.
Maklumlah anak pertama dulu gagal. Takat 4 bulan saja minum susu ibu
kerana keliru puting.


 Kepada ibu muda yang baru nak lahirkan anak pertama boleh lah baca entri saya tentangI am mother to be! Ada tips
sikit saya bagi berdasarkan what to expect when u are expecting!


Baiklah serba sedikit tentang EPMOM. Kenapa saya memilih EPMOM
sedangkan sebenarnya tak ada pun mak2 yang nak pam semata2. Anak
taknak menyusu direct dan saya tak nak dah paksa baby makanya saya pam
susu dalam botol dan bagi. Simple ja kan? Adakah itu bermakna saya
gagal menyusukan anak? Nope! Jangan fikir begitu ya.
EPMOM pun seorang mother juga. Ibu gak. As long as anda nak memberikan
makanan terbaik iaitu susu ibu kepada anak, walaubagaimana pun cara
nya. Buatlah. Teruskan. Jangan peduli kalau orang heran. 


Pam semata-mata? Boleh kah? Ya memang boleh. Saya bermula dengan gali ilmu
di blog. Exclusive pumping mother. Cer google. Mesti jumpa.


Langkah pertama
untuk jadi EPMOM. Mental dan fizikal kena bersedia.
Buang sedih jauh2. Memang teringin nak peluk2 baby, selak baju tengah
malam tak perlu cari botol..Abaikan pemikiran negative itu.


No 2.- Beli pam!
Pam yang terbaik. Yang tak sakit dan yang selesa. Di
entri lain saya akan ceritakan bab beli pam pula. Bagi EPMOM yang
paling terbaik ialah pam yang hands free. Boleh mengepam sambil buat
kerja. Sekarang dah ada pam dengan FREEMIE. Corong bentuk cup macam
baju dalam kita tu. Jadi tak lah terjojol masa pam..hihihi..



No 3---kerap pam!
kena pastikan anda mengepam ikut keperluan baby bukan masa
lapang anda. Bila baby merengek biasanya setiap dua jam saya pam masa
umur baby 1-3 bulan. Sebab pada umur ini baby memang kuat menyusu.
Kita pun nak rangsang pengeluaran susu.
Jangan malas2 mengepam. Merudum susu nanti melalak anak.

No 4—Barang sokongan pam!
Bila dah ada pam, untuk ibu yang bekerja, anda perlukan beg pam
dan icebrick. Biasanya kalau beli pam dapat free gift set tu. Jadi
jangan risau lah bab tu mesti ada.


No 5—Bangun 1/3 malam.
wajib bangun tengah malam untuk pam. Dah bangun mengepam tu
apalah salahnya buat tahajud sekali ya ibu2. Doa banyak2 moga Allah
lembutkan hati untuk baby menyusu direct kalau itu yang terbaik untuk
kita. Kalau tidak, pam sajalah. Kenapa saya kata wajib? Sebab baby
biasanya akan bangun malam untuk menyusu. Walaupun kita dah spare susu
di tepi untuk bekalan malam, kilang susu kita mana lah tau baby tu
bangun menyusu. Kita kenalah habaq kat dia yang baby kita bangun
malam2 minum susu. Barulah dia hasilkan susu walaupun tengah malam.
Kalau tak habaq kat dia alamatnya malam2 dia tutuplah production tu..hehehe..


No 6--- Buat jadual mengepam.
Dan wajib patuhi. Kalau tak patuh
dendakan diri sendiri.contohnya..bayar denda rm50. Buh dalam tabung.
Mesti tak berani langgar jadual hehehe..
Ok saya sediakan contoh ya. Ini untuk hari bekerja. (saya seorang
guru. Sesi petang saya boleh gap 2 jam sebab tak bekerja)
Sesi 1: 6 pagi
Sesi 2: 10 pagi
Sesi 3: 1 petang
Sesi 4: 3 petang
Sesi 5: 5 petang
Sesi 6: 7 petang
Sesi 7: 9 malam
Sesi 8: 11 malam
Sesi 9: 3 pagi
Terlajak daripada gap memang biasa terjadi. 3-4 jam gap tak apa. tapi
kena panjangkan tempoh mengepam tu. Kalu biasanya gap 2 jam mengepam
10 minit, bila gap tu jadi 4 jam pamlah 20 minit maksimum. Kita hantar
signal kat otak yang baby nak hisap banyak susu lagi. Bukan apa takut
pengeluaran susu jadi kurang. Bagi yang kerja 8 am – 5 petang. Boleh
buang sesi 4. Tapi kalau bos tak kisah pam sekejap, boleh lah pam.

pengalaman diri ni selepas 6 bulan pengepam tegar kemalasan mengepam mula melanda. huhu..bertabahlah ya.

No 7—Kumpulan sokongan.
Jom masuk group EPMOM Malaysia di facebook. Di sana kita boleh
bertukar2 pandangan dan panduan bersama. Ramai yang dah berjaya
menyusu 2 tahun secara pam saja.


No 8—Plastik storage.
Untuk mengumpul stok, anda perlukan plastic storage atau pun
botol penyimpanan. Mana2 pun tak apa. tapi plastic storage lagi jimat
ruang. Bagi yang guna plastik storage diingatkan jangan tulis tarikh dengan marker ya. sbb dakwat tu boleh larut dalam susu. Gunakan sticker.


No 9—
Bekalan ke baby sitter wajib bagi yang beku dan fresh. Contohnya,
baby menyusu 5 botol sehari. 2 botol dari susu beku(peti ais atas), 2
botol dari peti ais sejuk biasa, 1 botol susu fresh. Kenapa? Kalau
hari2 dapat fresh dikhuatiri baby sedap susu segar. Naya nak kena p
hantar pula.


No 10—
di rumah, waktu baby bersama kita, bagi lah yang fresh. Bolehlah
bayangkan kita menyusu direct dengan dia. Terubat sikit rasa hati
ini..hehehe.. Sebelum baby menangis, pastikan susu dah dipam keluar.
Biasanya susu fresh tahan 4 jam. Dalam aircond 7-8 jam pun tahan.


Dah 1170 words ni.  Biarlah saya mengundur diri dulu ya. 


Selamat mengepam! tretttttt... ttretttt...(bunyi pam! ;p)