Saturday 18 October 2014

Hamil semula selepas keguguran

Assalammualaikum pembaca..

Bila anda google pastinya mengharapkan nukilan baik kan? InsyaAllah.

Selama setahun tidak aktif.tetiba terpanggil nk menulis sedikit pngalaman kepada ummies semua.

Keguguran. Sedih bukan? Salah makan kah? Aku buat kerja berat sangatkah? Itu kali pertama.

 Kalau kali kedua? Anda akan bingung tak tahu salah tang mana.  Orang sekeliling pulak kata rahim tak kuat la. Atau ada yg mula bertanya buat apa sampai gugur?

Saya mengalaminya dua kali. Pada kehamilan kedua dan keempat. Kehamilan pertama pun ada bleeding sikit tapi bertahan. Rezeki Allah bagi sebulan selepas gugur pertama kali, saya hamil lagi. Bukan mudah ya melawan perasaan ketika tahu hamil lagi.

Nak gembira takut. Nak berharap sangat pun takut. Bahkan nak berjalan banyak2 pun takut. Risau yang teramat. Masa camni tawakal saja kepada Allah. Dia Pemberi Rezeki. Dia juga Berkuasa atas segala sesuatu.

Selain daripada cuba think positive, saya sentiasa berdoa semoga selamat. Saya share ya apa yg saya buat. Mungkin boleh membantu readers yg senasib.

1. Solat hajat selalu. Doa bersungguh2 biarlah sedih diceritakan dalam doa tersebut. Allah Maha Mendengar.
2.solat tahajud. Kalau tak dapat buat selalu, asalkan terjaga cuba buat. Sebelum tidur mohon padaNya moga dpt bangun tahajud. Bayangkan kucing mengiau ja pun boleh jadi penyebab saya terbangun jam 3 pagi. Doa time cam tu sangat mustajab, di samping menampung amalan2 lain yang terkurang.
3.sentiasa percaya kandungan yg pergi dulu tidak sihat. Hanya baby yang sihat ja dpt bertahan. Dan kita mmg nakkan baby yg sihat kan?
4. Banyakkn sedekah. Anak rezeki juga kan.  Kalau tak mampu duit, bagi tenaga. Kadang saya masak special, bawa ke tmpat kerja. Belikan kerepek ke sama2mengunyah dgn rakan sekerja.
5.Makan vitamin yang hospital bagi. Konsisten, ok! Jangan main tipu2.Esoklahmakan. No. Kita nk baby sihat kan? Point no 3.
6. P buat buku pink cepat2.ni patut point no 5.tau tk kenapa? Sebab bila kita dh daftar, misi akan bg nasihat, bg vitamin segala bagai tu barulah  kita sedar sikit yg kita ni mengandung. Doc pun akan scan tengok kantung dan jantung barulah kerisauan tu kurang sikit.
7. Rahsiakan kandungan sehingga bulan keempat. Masuk 4 bulan memang orang sendiri nampak dah. Perut dh besar. Saya rahsiakn kerana saya bimbang bila saya bagitahu tu timbul riak pula sbb sekejap ja leh ngandung. Beberapa rakan sekerja belum lagi mengandung bertahun kahwin. G pun saya bimbang mereka kecil ati dan sedih. Lebih baik mengelak kan?
8. Google. Baca kisah orang lain yang senasib mcm yg readers buat..baca kisah saya! We are not alone. Ramai lagi yang mengharungi pelbagai dugaan dan masih tabah. Saya suka baca thread di forum ratu hati. Cubalah.
9. Berkongsi cerita. Saya tak pernah pendamkan cerita gugur sebelum ni. Kongsikan dengan kawan. Kongsi dengan suami juga. Bila diluahkan, kurang bebanan dan stress. InsyaAllah.
10. Semua di atas.. Hehehe.. 
TAWAKAL. Jika ada rezeki bagi anak ini, lahir sempurna dan sihat..

Harapan saya perkongsian ini sedikit sebanyak melegakan kegelisahan hati readers ya. Jaga diri bebaik. Sebelum planning untuk hamil semula, pastikan diri sihat dan menerima qada dan qadar Allah seikhlasnya.