Tuesday 21 May 2013

Pelepasan Cukai Pendapatan

Assalammualaikum WBT ( jawab salam adalah wajib...hehehe)

Jemariku masih sihat walafiat untuk menaip..alhamdulillah sekali lagi..

Dalam post sebelum ini saya bercerita tentang cara mengaktifkan diri anda sebagai pembayar cukai pendapatan. Dalam post ini saya menyelitkan sedikit nasihat Kak Ton comei (bukan nama sebenar) pegawai LHDN tersebut.

# bagi pasangan yang dah berkahwin, tidak digalakkan kongsi gaji untuk bayar cukai sebab nanti 
jumlah kena bayar lagi banyak.

# segala resit beli buku, alat sukan, komputer, slip medical anak, insurans nyawa, sspn, jalur lebar atau broadband (item ini dikecualikan cukai) perlu disimpan selama 7 tahun.nak mudah wujudkan fail untuk cukai sahaja..

#borang E- BE perlu diisi setiap tahun kerana ada perubahan gaji atau status atau bilangan anak dalam tanggungan

#Nak kurangkan bayaran cukai mudah aja.. SSPN, Zakat Pendapatan, beli buku, majalah atau jurnal, langgan jalur lebar dan insurans nyawa.

 baca di link ni lagi banyak dan memudahkan....   
 
 
# isytiharkan jika memiliki perniagaan seperti menyewakan rumah, membuat tuisyen atau kelas tambahan yang mendatangkan pendapatan dan ada keuntungan.. (part ni memang terkedu sikit ler..huhu..tuisyen pun kena isytihar)
 
# Rujuk dengan pihak insurans sebab hanya insurans nyawa saja dapat pelepasan cukai
 
# bagi suami isteri yang dikenakan cukai pendapatan, seeloknya bahagi dua kan bilangan anak.contoh ada anak dua orang..suami dapat pelepasan seorang anak, dan isteri dapat pelepasan cukai seorang lagi anak. tapi kalau anak ada tiga, seorang ambil dua seorang ambil satu yer tak boleh satu setengah seorang..huhuhu..
 
# jangan malu dan segan untuk bertanya pihak LHDN berkaitan cukai sahaja...
 
OK.. itu antara perkongsian Kak Ton Comei kepada jabatan kami..
 
Moga perkongsian ini dapat membantu anda yang tercari-cari cara membayar cukai dengan betul..
 
Bayarlah..kalau anda rasa berat hendak membayar, anda cubalah dapatkan pelepasan cukai dengan mengisi duit SSPN bagi anak dan mengeluarkan zakat pendapatan (ini memang wajib keluarkan bagi yang layak)
 
dan anda belilah komputer ke, ipad ke setiap tiga tahun sekali..pun dapat pelepasan cukai..
 
dan anda beli lah buku, majalah dan jurnal banyak2 sampai RM1000 setahun..
 
dan anda mendermalah ke badan kebajikan yang berdaftar..
 
dan anda belilah alat sukan yang boleh dapat pelepasan cukai..rujuk link di atas..
 
semua cara di atas perlukan bukti dalam bentuk resit.
 
             Kita membayar sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Terbitkan rasa ikhlas di hati menyumbang untuk negara. What we give we get back!!
 
when we get back? Subsidi Petrol...:))
 
jumpa di lain post..
 
Wassalam
Bil.
Jenis Potongan Individu
Amaun (RM)
1
Individu dan saudara tanggungan
9,000
2
Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa
5,000 (Terhad)
3
Peralatan Sokongan Asas
5,000 (Terhad)
4
Individu Kurang Upaya
6,000
5
Yuran Pendidikan (Sendiri)
5,000 (Terhad)
6
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati
5,000 (Terhad)
7
Pemeriksaan perubatan penuh
500 (Terhad)
8
Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan
1,000 (Terhad)
9
Pembelian komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun)
3,000 (Terhad)
10
Tabungan bersih dalam skim SSPN
3,000 (Terhad)
11
Tabungan bersih dalam skim SSPN (berkuatkuasa Tahun Taksiran 2012 - 2017)
6,000 (Terhad)
12
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan
300 (Terhad)
13
Yuran langganan Jalur Lebar
500 (Terhad)
14
Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu
10,000
(Terhad)
15
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri
3,000 (Terhad)
16
Suami/Isteri kurang upaya
3,500
17
Anak di bawah umur 18 tahun
1,000
18
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
1,000
19
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
4,000
20
Anak Kurang upaya

Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan
5,000
21
Insuran nyawa dan KWSP
6,000 (Terhad)
22
Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa) - tidak terpakai mulai Tahun Taksiran 2012 - 2021
1,000 (Terhad)
23 Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
3,000 (Terhad)
24
Insurans pendidikan dan perubatan
3,000 (Terhad)

1 comment:

  1. sungguh bermanfaat!

    https://cukaipendapatan.wordpress.com/2016/12/21/si-kaya-vs-si-miskin/

    ReplyDelete