Tuesday 21 May 2013

Cukai oh cukai..bakal pembayar cukai pendapatan?

Assalammualaikum wbt

Jejari ini masih mampu menaip...alhamdulillah..

Berkaitan dengan tajuk di atas cukai..mesti mengeluh ja kan dengar perkataan cukai ni..cukai pendapatan la yang paling biasa orang yang dah bekerja kena bayar...saya baru bergelar pembayar cukai tahun ni.

Baru- baru ni pegawai LHDN datang ke tempat kerja saya untuk taklimat.25 April rasanya...baru la celik sikit mata ni.rupanya kena bayar..ku ingat boleh buat pejam mata sebelah aja..hehe..janganla cuba2 nak pejam mata sebelah buat dek aja yer LHDN akan mencari pembayar cukai yang layak.

Dalam taklimat yang berlangsung 2 jam itu banyak info yang saya dapat. Antaranya prosedur untuk mendaftar diri menjadi pembayar cukai.

Anda perlu

1. Login ke e daftar dan isi maklumat. Kena bagi ic sekali boleh upload kan..

2. Dalam 3 hari bekerja anda akan dapat nombor pin..(ini jaminan LHDN tapi hampeh..saya tunggu seminggu tak dapat2 nombor. Banyak kali telefon talian bantu pun engaged aja. Telefon pejabat LHDN negeri ok la..tapi tak siap2 jugak)

3. Jika anda rajin menunggu respon LHDN anda tunggu la sehingga dapat no pin untuk efilling tu..

Atau...
4. Saya telefon pihak LHDN cawangan Muar. Saya minta tolong sangat untuk segera dapat no pin efilling. Saya sanggup emelkan ic dan penyata gaji tahunan..rupanya hairan bin ajaib, siap dapat no 
pin dalam masa 10 minit saja!!!!!  ( huh, sakit atiku tunggu sampai seminggu.udahlah tarikh last bayar 15 mei 2013) pengajarannya kan jangan guna online pergi aja di cawangan LHDN mana2 
terdekat, bawa salinan ic dan penyata gaji tahunan, siap 10 minit jerrr..)

5. Anda boleh isi e filling bila ada no pin dan no cukai ( no cukai pendapatan ni pun diberi pegawai 
Lhdn sekali no pin efilling). Bagi anda yang dah pernah potong cukai bulanan no cukai memang dah
ada dah.

6. Pilih borang E-BE. Isi online jer.yang ni cepat pulak...then sistem akan kira jumlah cukai tahunan 
anda. Semakin besar gaji anda semakin banyaklah potongannya bergantung juga kepada tanggungan 
anda..

7. Last sekali pergi bayar lah.. Ada banyak cara nak bayar..boleh tengok kat page LHDN..tapi 
berdasarkan pengalaman saya lain pula..disebabkan saya baru daftar efilling no cukai pendapatan 
saya pun baru seminggu, maka pihak Lhdn tidak memasukkan data saya ke bank dan pejabat pos..saya tak boleh bayar di bank secara  online or online di pejabat pos.saya bayar manual guna kiriman wang 
atas nama Pengarah LHDN...entah lah apa cerita cukai saya tu..hmmm..


Baik..
pesanan Kak Ton Comei (bukan nama sebenar) di post yang lain yer..

adiosss


    e daftar LHDN   ---->>>
http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=2&skum=4&posi=1&unit=4&sequ=1

e filling LHDN ----->>>
http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=2&skum=4&posi=1&unit=2&sequ=1


No comments:

Post a Comment