Saturday 12 September 2015

Tips mudah bersalin part 2

Assalammualaikum wbt dan selamat membaca

Ada kesempatan ini so nak melengkapkan cerita tentang idamkan mudah bersalin part 2. 

Saya dikurniakan Allah rezeki mudah bersalin bagi anak ketiga ni. Mungkin sbb dah ank ketiga ataupun kerana amalan semasa hamil membantu juga. Ok..camni

Semasa hamil saya langsung tak muntah or loya. Just rasa letih and tak larat masak..which is tak mngandung pun mmg malas masak hehehe..

Sebaik sahaja tau mengandung, saya makan asid folik yang dibeli kat farmasi. Sepatutnya bila anda merancang untuk hamil..anda perlu mulakan asid folik sekurang2nya tiga bulan awal. Saya tak biarkan perut kosong. Bila perut kosong lagi la rasa semacam ja. Makan makan makan. Bila rasa pahit mulut tu jgn pikir nak muntah. Ambil sesuatu yang manis dan kunyah la.contohnya kismis, kurma ataupun kit kat..berehat sebentar hihihi..

Sepanjang mengandung, saya banykkan minum air masak. Kebetulan time saya mengandung tu musim yg superhot. Panas sangat lagi la minum air masak. Diabetes pun tak ada masa ngandung yg ketiga ni.

Banyakkan berjalan. Kalau ada tangga gunakan sebagai medium senaman ringan. Saya ni cikgu naik tangga turun tangga mmg rutin. Walaupun boleh aja bawa murid masuk bilik bi tapi saya memilih untuk berjalan.

Minum minyak kelapa dara. Saya sebenarnya tak mampu nak telan minyak tu. Saya beli sebotol ja pun duk ada lagi tak abih2 walhal anak dah 4 bulan. Tapi yg saya buat ialah, saya telan banyak2 semasa sakit kontraksi. Sambil selawat dan zikir tak lekang di bibir.

Bersedia! Bila akal fikiran kita dah sedia..kita akan redha. Anak ni mmg dinanti2. Saya teringat seorang sahabat pernah cerita penglmn beliau bersalin anak 4kg plus. Tanpa jahitan dan sekali push? Dan tak serik? Ha bila ditanya tips..dia kata baca dan dapatkan ilmu dan bersedia. Maka ibu2 yg nak bersalin anda perlu bersedia. 

Saya google breathing technique in labour, natural birth. Dari situ minda terus bersedia dan mengingatkan diri yang bersalin tak sakit. Pahala menanti..syurga menanti jika syahid.

Amalkan solat sunat tahajud. Zikir. Doa nabi yunus dalam perut ikan. Surah maryam..surah yusuf, surah luqman. Surah alkahfi setiap jumaat. Dan tentunya DOA.

InshaAllah saya mendoakan mummy selamat melahirkan anak. Ini pengalaman yg cukup indah. Saya tak serik langsung. Saya bersedia untuk tambah lagi tapi memandangkan saya telah gugur 2 kali badan saya kena betul2 sihat baru kandungan pun sihat..

Bayangkan beberapa saat lagi baby nak keluar. Tahan la sakit tu sekejap ja. Kontraksi adalah tanda baby menolak nak keluar dr serviks. Ok satu lg tips. Masa kontraksi tu kan mummy boleh pegang katil sambil berdiri.bongkok badan sikit saja, tgn di katil.goyangkan punggung mengikut irama kontraksi tu. Saya buat masa sakit tu n berkesan. Serviks cepat buka n rasa sakit tu kurang... A big no..jgn duduk masa sakit kontraksi.sbb saya dah cuba ianya bertambah sakit. ..masa sela rehat kontraksi tak dtg tu berjalan jalan la.bila dia dtg, pergi ke katil dan buat tips di atas.

Moga mummy ingatlah tips ni masa dah sakit nanti boleh amalkan. Copy 
PAste simpan dalam ingatan. Bgtau suami suh ingatkan. Sekadar perkongsian dari pengalaman bersalinku yg cukup mudah dan indah.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment